Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau

Kemaskini Pada: 19 Nov 2018
Versi 8.1.2
Perutusan Residen Bahagian KuchingPerutusan Residen Bahagian Kuching

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Selamat datang ke laman web Pentadbiran Bahagian Kuching. Laman web ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai pelbagai fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pentadbiran Bahagian Kuching.

Pertama sekali, tahniah dan syabas diucapkan kepada kakitangan Pentadbiran Bahagian Kuching kerana telah berusaha untuk membangun dan mengemaskinikan laman web Pentadbiran Bahagian Kuching selaras dengan maklumat terkini. Pentadbiran Bahagian Kuching sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan agar dapat memenuhi keperluan terkini masyarakat seluruhnya.

Lantaran ledakan arus perkembangan teknologi maklumat dengan keupayaan komunikasi yang sangat pantas menjadikan laman web ini sangat bermakna bukan sahaja kepada warga kerja Pejabat ini, malahan kepada keseluruhan jabatan/agensi kerajaan dan komuniti setempat.

Justeru, dengan adanya laman web ini akan dapat membantu pengunjung mengetahui dan memahami peranan serta tanggungjawab Pentadbiran Bahagian Kuching malahan sebagai wadah penghubung di antara pejabat ini dengan komuniti setempat.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat melayari laman web Pentadbiran Bahagian Kuching kepada pengunjung-pengunjung laman web kami. Saya amat berharap agar ianya dapat menjadi bahan rujukan berguna kepada semua pengunjung.

 

Sekian, Salam Hormat.