Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau

Kemaskini Pada: 19 Nov 2018
Versi 8.1.2
Selamat Datang Ke Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Kuching
Perutusan Pegawai Daerah Bau

 

Salam Sejahtera, Salam NegaraKu Malaysia,

BAU sudah wujud sebelum tahun 1820 dan rekod menunjukkan pembukaan penempatan di Bandar Bau oleh pelombong orang Cina dari Sambas,Indonesia pada sekitar tahun 1820an. Kedatangan kaum Cina adalah disebabkan oleh penemuan emas dan antimoni. Selepas 20 tahun pelombongan oleh kaum Cina dari Sambas,pada 1841 Rajah Brooke telah secara rasmi mengambil alih pelombongan emas di Bau dari pada kaum Cina sehinggalah kepada penubuhan Sarawak dan Malaysia yang kita warisi hari ini.

Penubuhan Pejabat Daerah Bau, selaras dengan keperluan untuk melicinkan urusan pentadbiran di peringkat daerah yang diperkenalkan dalam zaman pemerintahan keluarga Brooke. Penubuhan Pejabat Daerah Bau mengambil tarikh lantikan Pegawai Daerah Bau yang pertama iaitu Encik W.S.B. Duck pada 17 Julai 1931 sehingga ke hari ini saya Pegawai Daerah Bau yang ke-39.Tidak berapa jelas kedudukan Pejabat yang pertama, namun dokumentasi banyak menyatakan Pejabat Daerah Bau yang pertama bertempat di Port Belida, Siniawan. Kemudian berpindah ke Paku disebabkan lokasi pertama sering dilanda banjir. Daripada Paku, penempatan yang musnah akibat serangan tentera Jepun, berpindah ke lokasi kita hari ini, iaitu di Jalan Penghulu Durin. Dan seterusnya dengan kelulusan Kerajaan Negeri tahun 2017, Pejabat ini akan mendapat bangunan dan lokasi baharu iaitu di Lot 1927 dan dijangka siap dan beroperasi pada tahun 2020.


Daerah Bau berkeluasan 884.4 km persegi dengan jarak 35 kilometer daripada bandaraya Kuching, mencatat penduduk seramai 62,312 orang, iaitu dengan kadar pertumbuhan penduduk adalah pada kadar 2% setahun. Selepas kajian semula kawasandan kampung, bermula tahun 2016 terdapat 104 kampung/penempatan yang dibahagikan kepada 9 zon pentadbiran. Daerah Bau mempunyai bilangan pejabat kerajaan dan agensi perbankan yang lengkap. Deposit sumber asli seperti emas berkurangan, namun masih mempunyai deposit sumber asli yang banyak iaitu batu kapur dan pasir. Aktiviti utama penduduk masih berkisarkan kepada aktiviti pertanian, diikuti perkhidmatan dan perniagaan. Daerah Bau diletakkan di bawah 4 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN): Opar (N1), TasikBiru (N2), Serembu (N18) dan Batu Kitang (N13) dan 3 kawasan Parlimen iaitu: Mas Gading (P.192), Puncak Borneo (P198) dan Stampin (P.196).


Sekalung ucapan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada semua kakitangan yang memberikan sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung dalam mengemaskini laman web ini ke taraf yang lebih tinggi. Harapan dan impian kami agar laman web ini mendapat pengiktirafan sebagai laman web bertaraf 5 bintang. Dalam melestarikan usaha ini, komen dan teguran yang membina daripada semua pihak samada dalaman atau pun luaran merupakan input untuk menambah baik laman ini. Peluang–peluang untuk penambahbaikan sentiasa terbuka. Kami amat mengharapkan agar laman ini menjadi media pengantara yang efektif untuk pejabat ini dengan masyarakat awam secara khususnya dan pelayar web ini secara umumnya.

 

“Beautiful, Amazing, Unique”

Pn. Anielia Anak Siam
Pegawai Daerah Bau